Marsha Ivins
Marsha Ivins

Marsha Ivins

Marsha Sue Ivins (lahir 15 April 1951) merupakan seorang pesara angkasawan Amerika Syarikat dan veteran bagi lima misi Ulang-alik Angkasa .Ivins, dilahirkan pada 15 April 1951, di Baltimore, Maryland, lulusan dari Nether Providence High School di Wallingford, Pennsylvania pada tahun 1969, dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Aeroangkasa dari Universiti Colorado di Boulder pada tahun 1973. Beliau merupakan Yahudi-Amerika. [1] Beliau telah bekerja untuk Pusat Angkasa Johnson NASA, terutamanya pada paparan dan kawalan orbit, sebelum ditugaskan sebagai jurutera penerbangan pada tahun 1980 dan juruterbang bersama pada pesawat pentadbiran NASA. Pada tahun 1984, Ivins telah dipilih sebagai calon angkasawan.Beliau telah terbang menaiki lima misi angkasa lepas: STS-32 (1990), STS-46 (1992), STS-62 (1994), STS-81 (1997), dan STS-98 (2001). [2] [3] Ivins bersara dari NASA pada 31 Disember 2010.

Marsha Ivins

Status Bersara
Pekerjaan Jurutera
Tempoh di angkasa 55 hari, 21 jam, 48 minit
Misi STS-32, STS-46, STS-62, STS-81, STS-98
Lambang misi
Pemilihan Kumpulan 10 NASA 1984
Kelahiran (1951-04-15) 15 April 1951 (umurĀ 71)
Pusat pendidikan Universiti Colorado di Boulder, B.S. 1973